Rabu, 1 Februari 2017

FATE ( PART 1 )


FATE ( PART 1 )

22 APRIL 2007

      Bang!!! Suatu bunyi tembakan yang kuat menerjah seluruh ruang rumah banglo mewah tiga tingkat itu. Ikmal yang baru pulang dari sekolahnya berasa terkejut dan dengan pantas dia memilih untuk bersembunyi di ruang belakang stor yang terletak berhampiran dengan dapur utama rumah mereka. Beberapa minit kemudian kedengaran sekali lagi bunyi tembakan dilepaskan. Dia yakin rumahnya ketika itu berada dalam keadaan yang tidak selamat. Tangannya menggeletar menandakan perasaannya yang begitu takut ketika itu. Jantungnya berdegup kencang, bibirnya pucat, peluh dingin mula menerpa di seluruh wajahnya. Matanya merah menahan perasan takut yang menguasai dirinya ketika itu. Ikmal cuba untuk mendapatkan bantuan tetapi belum sempat dia mencapai gagang telefon rumahnya. tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbit berdering. Kringgg!! Kringg!! Kelihatan seorang lelaki lengkap berpakaian serba hitam serta bertopeng menjawab telefon tersebut. Ditangannya terdapat sepucuk pistol. " Hello, ya semua yang kau suruh aq buat tu aq dah settlekan semuanya cuma kita ada masalah sikit tuan. Anak lelaki dia masih belum balik dari sekolahnya lagi buat masa ni.. Ya Ya. baiklah." Telefon bimbit dimatikan. Perbincangan yang ringkas tetapi padat. Padat dengan tanggapan yang kurang jelas untuk ditafsirkan.
   
      Tanpa melengahkan masa lelaki bertopeng itu lantas meninggalkan rumah mewah itu. Ikmal yang tadinya bersembunyi terus berlari kearah ahli keluarganya. Hatinya bagaikan ditusuk dan dirobek berkali-kali tatkala melihatkan ahli keluarganya terbaring kaku. Tompokan darah berlumuran di sana sini. "Mama... Kak Yana... bangun! Ikmal balik ni... mama kata nak masak makanan kegemaran Ikmal hari ni. Hari ni kan birthday Ikmal. Ma... Kak Yana ....Eik marayu kat mama... " Ikmal meraung memanggil ibu dan kakaknya sambil memeluk jasad kaku ibu dan kakaknya tetapi tiada sahutan yamg terbalas yang hanya kedengaran hanyalah rintisan hujan yang asyik membasahi
bumi dengan lebatnya. Air matanya sudah tidak mampu dibendung lagi. Ikmal menangis dan menjerit semahu yang mungkin. Retak hatinya melihatkan ahli keluarga yang menjadi tulang belakangnya hidupnya telah pergi meninggalkan dirinya buat selamanya.
                                                                     
                                                                ................................


( 11 TAHUN KEMUDIAN )

   Ma..Ma...Mama! Ikmal tersedar daripada lenanya lantas mencapai sepucuk pistol yang tersimpan kemas disebalik bantal tidurnya. Malam itu dia bermimpikan kejadian ngeri yang berlaku padanya 11 tahun yang lalu. Semenjak kejadian itu, dia sentiasa memastikan senjata itu sentiasa bersamanya bagi memudahkan urusannya untuk tidur pada hari itu. Ikmal beristighfar beberapa kali dan mengurut dadanya perlahan. Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin bagi mengurangkan debaran yang dirasainya ketika itu. Trauma yang dialaminya selepas kejadian itu tidak pernah lekang dalam hidupnya walaupun dia telah mendapatkan rawatan yang khas daripada doktor peribadinya. Tatkala mengingatkan kejadian itu pasti tubuh badannya menggigil ketakutan. Perasan takut, marah, dendam semuanya menyelubunyi hatinya menjadikan dia seorang yang berperwatakan serius, sukar didekati dan tidak mudah bergaul dengan orang lain. Ikmal menggenggam tangannya yang terketar-ketar sambil meraba-raba pemukaan meja untuk mencari ubat anti depresannya. Beberapa biji ubat ditelannya dan dia memejamkan matanya untuk seketika sementara menunggu masa untuk bersiap-siap ke tempat kerjanya.




Ahad, 24 April 2016

PENGALAMAN

24 APRIL 2016
☺ ASSALAMUALAIKUM😊
     Hari ni sebenarnya tak tahu nak tulis apa tapi entah la rasa macam nak share jugak tentang pengalaman aku sepanjang bekerja. Hampir genap 5 bulan aku bekerja di kilang as a operator and of course i know a lots of people and i gain a lot of experience there.  Segala macam ragam manusia yang aku jumpa sepanjang aku kerja kat sana ada yang bila dah namanya leader bila berkata-kata tak jaga hati dan perasaan operator. Ada yang kehidupannya sehari tanpa matlamat dan perancangan masa depan mak ayah dah tak ada hidup sebatang kara seolah-olah tak ada adik beradik mahupun saudara mara yang dapat tolong waktu susah. Semuanya perlu bergantung harap terhadap diri sendiri je. Ada juga tu yang tak berkira langsung dlm soal bantu keluarga.  Berkata soal penat kerja situ? Yes! Of course penat, letih, susah, dengan line leader yang tak faham dan tak cuba nak faham operatornya sendiri. Memang penat segala segi, penat mental penat fizikal. Kadang aku terfikir tak penat ke kawan aku seorang ni kerja. Siang malam pagi petang kerja OT setiap minggu tapi gaji yang dia dapat hampir semua dia habiskan untuk keluarga. Tak sampai sebulan duit dah tak cukup tunggu pulak gaji bulan depan boleh dikatakan rutin yg sama setiap bulan  kalau ada lebih sikit duit baru buat belanja diri sendiri. Bila ditanya tentang perasaan dia yang perlu memikul tanggungjawab yang tak selayaknya lagi untuk  budak berusia 18 tahun pikul, dia hanya membalas semua perkara yang dia buat adalah untuk keluarga kalau dia sendiri berkira maka siapa lagi yang mampu tolong. Nak harapkan orang lain maka itu cuma mimpi dan angan-angan semata-mata. Tanggungjawab yang sangat berat bagi aku   apatah lagi bila kita perlu berhadapan dengan orang-orang atasan kerana kesilapan yang kita lakukan. Segala perasaan takut, gelisah, susah mula  bersarang kat hati then apa yang  kita mampu buat masa tu hanya kebergantungan dan pengharapan kepada Allah 100% . Tapi itu semua bukan suatu beban untuk dia tak terdetik sedikit pon dalam hati dia nak berhenti ke menyesal ke kerja situ. Pernah jugak tanya dia tak nak ke berhenti and  sambung belajar ke dulu  then baru kerja kalau sambung belajar dpt sijil diploma at least kita tak ada la dapat kerja dengan peringkat yang terlalu bawah. Jika nak dibandingkan antara aku dan dia maka aku tak sehebat dia dan aku adalah tergolong dalam dikalangan  orang-orang yang paling beruntung sebab masih diberi peluang untuk mempunyai keluarga yang bahagia ( moga dipanjangkan rezeki kami sekeluarga untuk hidup bersama dlm jangka hayat yang lebih lama InsyaAllah ), even kelurga aku tak semampu orang lain tapi aku masih hidup dalam keadaan selesa yes! Of course aku lah orang-orang yang sangat beruntung dalam soal ini. Tak perlu bersusah payah fikir pasal kerja untuk tanggung keluarga rasa macam nak berhenti anytime boleh berhenti tak perlu nak fikir panjang. Lagipon kerja bagi aku yang masih berumur 18 tahun ni hanyalah suatu persinggahan untuk aku timba pengalaman sebelum menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.
"Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" - surah Ar-Rahman
Pengalaman itu mematangkan, pengalaman itu mengajar erti setia, pengalaman itu mengajar untuk hidup lebih berdikari dan pengalaman itu mengajar erti kesyukuran...
semoga kita sentiasa dikalangan orang-orang yang bersyukur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah InsyaAllah. Moga segala urusan dipermudahkan Sang Pencipta. Akhir kata, kalau kita rasa kita susah, maka ingatlah ada lagi yang lebih susah dari kita.😉☺😊
Wassalam...

-kilay_17-✌