Rabu, 1 Februari 2017

FATE ( PART 1 )


FATE ( PART 1 )

22 APRIL 2007

      Bang!!! Suatu bunyi tembakan yang kuat menerjah seluruh ruang rumah banglo mewah tiga tingkat itu. Ikmal yang baru pulang dari sekolahnya berasa terkejut dan dengan pantas dia memilih untuk bersembunyi di ruang belakang stor yang terletak berhampiran dengan dapur utama rumah mereka. Beberapa minit kemudian kedengaran sekali lagi bunyi tembakan dilepaskan. Dia yakin rumahnya ketika itu berada dalam keadaan yang tidak selamat. Tangannya menggeletar menandakan perasaannya yang begitu takut ketika itu. Jantungnya berdegup kencang, bibirnya pucat, peluh dingin mula menerpa di seluruh wajahnya. Matanya merah menahan perasan takut yang menguasai dirinya ketika itu. Ikmal cuba untuk mendapatkan bantuan tetapi belum sempat dia mencapai gagang telefon rumahnya. tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbit berdering. Kringgg!! Kringg!! Kelihatan seorang lelaki lengkap berpakaian serba hitam serta bertopeng menjawab telefon tersebut. Ditangannya terdapat sepucuk pistol. " Hello, ya semua yang kau suruh aq buat tu aq dah settlekan semuanya cuma kita ada masalah sikit tuan. Anak lelaki dia masih belum balik dari sekolahnya lagi buat masa ni.. Ya Ya. baiklah." Telefon bimbit dimatikan. Perbincangan yang ringkas tetapi padat. Padat dengan tanggapan yang kurang jelas untuk ditafsirkan.
   
      Tanpa melengahkan masa lelaki bertopeng itu lantas meninggalkan rumah mewah itu. Ikmal yang tadinya bersembunyi terus berlari kearah ahli keluarganya. Hatinya bagaikan ditusuk dan dirobek berkali-kali tatkala melihatkan ahli keluarganya terbaring kaku. Tompokan darah berlumuran di sana sini. "Mama... Kak Yana... bangun! Ikmal balik ni... mama kata nak masak makanan kegemaran Ikmal hari ni. Hari ni kan birthday Ikmal. Ma... Kak Yana ....Eik marayu kat mama... " Ikmal meraung memanggil ibu dan kakaknya sambil memeluk jasad kaku ibu dan kakaknya tetapi tiada sahutan yamg terbalas yang hanya kedengaran hanyalah rintisan hujan yang asyik membasahi
bumi dengan lebatnya. Air matanya sudah tidak mampu dibendung lagi. Ikmal menangis dan menjerit semahu yang mungkin. Retak hatinya melihatkan ahli keluarga yang menjadi tulang belakangnya hidupnya telah pergi meninggalkan dirinya buat selamanya.
                                                                     
                                                                ................................


( 11 TAHUN KEMUDIAN )

   Ma..Ma...Mama! Ikmal tersedar daripada lenanya lantas mencapai sepucuk pistol yang tersimpan kemas disebalik bantal tidurnya. Malam itu dia bermimpikan kejadian ngeri yang berlaku padanya 11 tahun yang lalu. Semenjak kejadian itu, dia sentiasa memastikan senjata itu sentiasa bersamanya bagi memudahkan urusannya untuk tidur pada hari itu. Ikmal beristighfar beberapa kali dan mengurut dadanya perlahan. Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin bagi mengurangkan debaran yang dirasainya ketika itu. Trauma yang dialaminya selepas kejadian itu tidak pernah lekang dalam hidupnya walaupun dia telah mendapatkan rawatan yang khas daripada doktor peribadinya. Tatkala mengingatkan kejadian itu pasti tubuh badannya menggigil ketakutan. Perasan takut, marah, dendam semuanya menyelubunyi hatinya menjadikan dia seorang yang berperwatakan serius, sukar didekati dan tidak mudah bergaul dengan orang lain. Ikmal menggenggam tangannya yang terketar-ketar sambil meraba-raba pemukaan meja untuk mencari ubat anti depresannya. Beberapa biji ubat ditelannya dan dia memejamkan matanya untuk seketika sementara menunggu masa untuk bersiap-siap ke tempat kerjanya.